mattzzx Publish time 1-4-2024 12:57 PM

Klopp anggap Salah penyelamat saat penting

https://assets.bharian.com.my/images/articles/salah232rwdqefs_1711946675.jpg
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kanan) mensia-siakan deretan peluang sebelum meledak gol kemenangan ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool. - Foto AFP

LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata, Mohamed Salah menyempurnakan tugasnya pada saat paling penting apabila penyerang Liverpool itu menjaringkan gol pertama daripada 12 percubaannya untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Brighton di Anfield.

Jaringan babak kedua Salah, selepas mendapat umpanan Alexis Mac Allister, melengkapkan kebangkitan Liverpool yang sebelum itu menyamakan kedudukan menerusi Luis Diaz.

Brighton kendalian Roberto De Zerbi mengejutkan tuan rumah di Anfield apabila membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Danny Welbeck.

Salah mensia-siakan paling banyak peluang dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak Zlatan Ibrahimovic gagal menyempurnakan 12 percubaan ketika bermain untuk Manchester United - menentang Burnley pada Oktober 2016.


Walaupun mensia-siakan banyak peluang, pengendali Liverpool, Klopp tetap memuji penyerang itu yang menjaringkan gol kemenangan, sekali gus melonjak pasukan ke puncak liga.

"Saya bayangkan Mo (Salah) menyempurnakan setiap peluang itu dalam kariernya, tetapi ia pasti akan memberikan jumlah tidak masuk akal.

"Tindakan penyudahnya tidak sehebat keupayaan sebenarnya, tetapi ketenangan ketika peluang terbaik muncul ialah tanda seorang penjaring gol hebat.

"Betapa sayangnya semua peluang yang ada, mujur ada pemain-pemain pintar ini untuk memenangi perlawanan.

"Ini adalah yang pertama daripada 10 perlawanan terakhir, jadi ayuh teruskan," kata Klopp. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1230295/klopp-anggap-salah-penyelamat-saat-penting
Pages: [1]
View full version: Klopp anggap Salah penyelamat saat penting


ADVERTISEMENT