mattzzx Publish time 1-4-2024 11:31 AM

Gara-gara jawab panggilan telefon

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-04-01_09-44-36_1711936326.jpg
KEADAAN kenderaan yang terbabit dengan kemalangan di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan. FOTO Ihsan PDRM

Batu Pahat: Penunggang motosikal maut selepas merempuh kereta berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 116.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku 3 petang ketika pemandu kereta terbabit berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab panggilan telefon.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian mangsa Mohammad Fared Zakaria, 35, menunggang motosikal dari arah Ayer Hitam menuju ke Pagoh.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta didapati berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya mahu menjawab panggilan telefon.


"Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit. Rempuhan itu juga menyebabkan mangsa parah di kepala serta patah kedua-dua tangan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 7.50 malam.

"Pemandu kereta terbabit terselamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076035/gara-gara-jawab-panggilan-telefon
Pages: [1]
View full version: Gara-gara jawab panggilan telefon


ADVERTISEMENT