Menggunakan Serbuk Telur Masin, Daun Kari Menaikkan Aroma!
Edited by CARI-Author at 1-4-2024 05:48 AMhttps://img-global.cpcdn.com/recipes/902fb44d3cebc29c/751x532cq70/telur-masin-rebus-resipi-foto-utama.jpg
Gambar hiasan.
Tidak lama lagi, hari raya bakal menjelma dan pasti ada daripada anda sudah mula membuat kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.
Apa kata anda buat cornflakes telur masin pedas, bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi akan membuat anda ketagih ketika memakannya. Jom ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @mardiana_jaafar ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Mentega, daun kari, cili, serbuk telur masin dan cornflakes.
Langkah-langkah membuat cornflakes telur masin pedas:
1. Masukkan 125gm mentega dalam kuali dan kacaukan ia sehingga cair.
2. Kemudian, masukkan 5 tangkai daun kari untuk menaikkan aroma.
3. Selepas itu, masukkan 3 tangkai cili padi merah untuk rasa pedas.
4. Masukkan serbuk telur masin dalam separuh pek dan kacaukan kesemua bahan tadi.
5. Masukkan pula 1 mangkuk besar cornflakes dan kacau sehingga sebati dengan bahan tadi.
6. Terakhir sekali, bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 celcius selama 5 minit atau suhu 150 celcius selama 5 minit jika bakar menggunakan oven. Siap!
Mudah sahaja, bukan? Sebenarnya selain boleh dihidangkan kepada tetamu, anda juga boleh jadikan ia sebagai kudapan ketika moreh atau menonton TV di rumah. 7154734743639051546
https://thevocket.com/app/uploads/2024/03/cornflakes-salted-egg.jpeg Orang hari raya nak kena potong kaki bukannya nak darah tinggi:huffy dapnyerr Tahun nie aioll konon nak buat kuih raya sendiri sebab kuih raya naik harga..lagipun dok fyp kat tt segala resepi kuih raya..so buatlah kelmarin 3 jenis dari pagi sampai membawa ke petang..pas buka posa aioll rasa la kuih raya hasil air tangan sendiri..hhmm tahun depan beli jelah..conflakes madu manis leting tahap potong kaki..biskut cornflakes coklat chip rasa tepung, biskut samperit keras dalam mulut..celah mana cair dalam mulut tqk jumpak..so tak mau dah buat..buat penat je..aioll bersara buat kuih raya..tak berbakat kekdahnya..
Sorry cerita pasal diri sendiri..sebab tgh hangin bab2 kuih raya nie..jahanam duit aioll jah..:curse: Barebow77 replied at 1-4-2024 06:50 AM
Tahun nie aioll konon nak buat kuih raya sendiri sebab kuih raya naik harga..lagipun dok fyp kat tt...
Tak per jgn putus asa:D
Untuk mencipta mood masak ni ibarat main mood kasih sayang
kalau hati berbunga masak apa pun jadi wpun x pernah buat
tapi lau hati bengkek buat apa pun tak jadi waktu tu;P
harga brg semua naik jadi harga kuih raya jugak ikut sama:)
Pages:
[1]