sfhzuraz Publish time 31-3-2024 08:38 PM

Warga emas ketiga maut kemalangan

Warga emas ketiga maut kemalangan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mautt2223_1711875169.jpg
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori. FOTO Ihsan PDRM.



Yan: Seorang lagi penumpang kereta yang terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Limau Dalam, Jumaat lalu disahkan meninggal dunia hari ini.
Ia menjadikan jumlah mangsa meninggal dunia dalam kemalangan itu seramai tiga orang.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa ketiga, Faridah Awang Dahaman, 66, meninggal dunia dalam rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, awal pagi tadi.
"Mangsa beralamat di Pondok Ustaz Fauzi, Yan Kechil disahkan meninggal dunia pada jam 3 pagi akibat komplikasi pelbagai kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, anak kepada Naemah Mohamad, 70, pemandu kereta yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Jumaat lalu tidak menyangka rasa tidak sedap hati melihat ibunya memeluk jiran, membawa petanda arwah akan pergi buat selamanya.
Ahmad Radzi, 48, berkata, arwah ibu memeluk erat jirannya seolah-olah tidak akan bertemu lagi sebelum keluar rumah.
"Ibu ditemani empat rakan yang menetap di Pondok Ustaz Fauzi di Sungai Yan sejak dua tahun lalu dan mengunjungi rumah kami di Taman Mawar, Pendang kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Sebelum itu, ibu memaklumkan dia hendak singgah bertemu jiran kami terlebih dahulu, selepas pulang dari membeli belah di Pasar Kemboja di Pekan Pendang.
"Ketika itu dia bersama tiga rakan selesai menghadiri pengajian harian mereka di pondok terbabit," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Yan (HY) dekat sini.
Ahmad yang juga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpengkalan di Kuala Kedah berkata, dia menerima berita duka kemalangan itu selepas selesai solat Jumaat dan segera memaklumkan kepada empat adik-beradik.
Dalam kemalangan 11.10 pagi itu, Naemah meninggal dunia ketika menerima rawatan di HY, manakala rakannya Zabidah Bakar, 75, yang juga penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.


Disiarkan pada: Mac 31, 2024 @ 4:53pm
Warga emas ketiga maut kemalangan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Warga emas ketiga maut kemalangan


ADVERTISEMENT