sfhzuraz Publish time 31-3-2024 08:07 PM

Ramai keliru bila lihat, dengar saya menyanyi...

Ramai keliru bila lihat, dengar saya menyanyi...


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm31dialah_1711881093.jpg
SHAMEERA Mardiana Mohd Haniffa gemar menyanyikan lagu genre dangdut. FOTO Ihsan Shameera Mardiana Mohd Haniffa



Georgetown: "Memang ramai ingat saya bukan Melayu mungkin kerana kulit saya gelap tapi saya tak kecil hati atau salahkan mereka pun kerana sudah terbiasa,"
Begitu reaksi Shameera Mardiana Mohd Haniffa, 24, ketika menceritakan kisahnya yang gemar berkongsi video nyanyiannya di TikTok namun disalah erti kerana warna kulitnya.
Bagaimanapun, ramai juga memuji dan mengagumi bakat nyanyian Shameera Mardiana kerana kemerduan suaranya termasuk dalam menyanyikan lagu dangdut.
Berkongsi kisahnya, Shameera Mardiana berkata, dia kini bekerja sebagai ekskutif pemasaran bebas di sebuah syarikat dan meminati muzik sejak kecil lagi.
"Saya dibesarkan dengan muzik kerana ayah, Mohd Haniffa Razak dulu komposer dan penulis lirik malah pernah hasilkan karya buat artis terkenal seperti Shima dan Headwind.
"Saya pandai juga main gitar cuma minat lebih kepada menyanyi dan aktif kongsi video menyanyi di TikTok sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Boleh dikatakan, 90 peratus video saya di TikTok adalah menyanyi dan tak sangka ramai suka serta beri komen positif," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Lebih membuatkan Shameera terharu adalah apabila salah satu video nyanyiannya mendapat pujian daripada ratu dangdut, Amelina.
"Gembira kerana saya membesar dengan lagu Kak Long (Amelina) selain Iwan dan Mas Idayu.
"Jadi, pujian diberi adalah satu penghormatan buat saya yang sebenarnya suka semua genre lagu cuma lebih cenderung dalam dangdut.
"Alhamdulillah, tak ada orang memperkecilkan saya setakat ini sebaliknya beri semangat dan ada juga dapat undangan menyanyi di majlis korporat," katanya.
Berkongsi perancangannya, Shameera Mardiana berhasrat mengeluarkan single bagi melebarkan sayapnya dalam bidang muzik.
"Itu perancangan saya dan diharap ia jadi kenyataan," katanya.


Disiarkan pada: Mac 31, 2024 @ 6:31pm
Ramai keliru bila lihat, dengar saya menyanyi... (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Ramai keliru bila lihat, dengar saya menyanyi...


ADVERTISEMENT