sfhzuraz Publish time 31-3-2024 07:15 PM

Kontroversi selebriti menari: Peniaga menangis ekspo diarah tutup

Kontroversi selebriti menari: Peniaga menangis ekspo diarah tutup

OlehROSLINDA HASHIM

31 Mac 2024 04:10pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/31/2597346.jpg
Gambar tular selebriti menari ala dangdut yang dimuat naik di laman sosial. Gambar kanan: Eira Aziera



BALING - Gara-gara seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut di atas pentas mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024 diarah tutup serta-merta.
Salah seorang peniaga di karnival tersebut menangis kerana tidak dapat menahan sedih selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri mengarahkan ekspo di tapak berkenaan ditutup serta-merta dalam tempoh 48 jam.


Arahan tersebut dikeluarkan selepas selebriti berkenaan dirakam sedang menari ala dangdut bersama beberapa orang lelaki lain, dan secara jelas telah melanggar garis panduan ditetapkan PBT.
Perbuatan tersebut menyebabkan peniaga menanggung kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan mereka.


Seorang peniaga dikenali sebagai Eira Aziera berkata, dia kecewa dan mempersoalkan apa salah mereka sebagai peniaga kerana tidak terlibat dengan insiden tersebut.
“Penganjur bagi tahu vendor-vendor untuk tutup khemah dalam masa 48 jam. Apa salah kami (peniaga) sampai kami pula diarahkan tutup? Yang menari bukan kami, yang menari tu tak ada dalam atur cara majlis, tetamu yang tak diundang,” katanya dalam satu hantaran di Tik Tok, pada Sabtu.
Menurutnya, setelah diarah menutup gerai jualan masing-masing, secara langsung pekerja terlibat kehilangan kerja sehingga hari raya.
“Di mana budi bicara sebagai orang Islam. Patutkah orang Islam lain yang buat, orang Islam yang tak ada kena mengena menjadi mangsa. Ingat nak buka booth tak guna duit kah?” soalnya.



Aziera yang mengusahakan jualan donut red velvet memaklumkan sudah berhabis ribuan ringgit untuk membuka khemah di karnival tersebut, termasuk kos publisiti dan mengupah 10 orang pekerja.
“Saya tak akan jejak kaki ke Baling lagi selepas ini. Saya bayar pekerja seorang RM100. Ada 10 orang, hari-hari turun dari Sungai Petani ke USM (Universiti Sains Malaysia) dan dari USM turun ke Baling.
“Saya habiskan masa, tenaga, pengorbanan saya untuk promosikan tempat itu, bantu naikkan martabat tempat itu tapi saya kecewa dengan apa yang terjadi,” ujarnya.
Berdasarkan komen netizen, aksi selebriti berkenaan menari di atas pentas bukan sahaja mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, malah kecaman turut dilemparkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan insiden tersebut.
Kontroversi selebriti menari: Peniaga menangis ekspo diarah tutup - Sinar Harian

sfhzuraz Publish time 31-3-2024 07:49 PM

Fiesta Raya Baling: Arah henti hiburan, bukan tutup ekspo jualan

OlehROSLINDA HASHIM

31 Mac 2024 06:04pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/31/2597538.jpg
Laporan Sinar Harian pada Ahad.



BALING - Kerajaan negeri hanya mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti hiburan kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024, bukannya menutup keseluruhan ekspo jualan tersebut.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebaliknya penganjur memilih untuk menutup karnival berkenaan atas beberapa faktor.


Menurutnya, kemungkinan timbul salah faham dalam isu berkenaan sehingga ada pihak yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan paksaan agar menghentikan karnival tersebut.
“Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival tersebut. Kerajaan negeri hanya menegur dan minta hentikan aktiviti yang tidak bersesuaian dengan bulan Ramadan sahaja.


“Kita tegaskan kepada penganjur hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Mansor berkata, penganjur kemungkinan meneliti beberapa kriteria sebelum memutuskan untuk menutup karnival berkenaan, memandangkan lokasi penganjuran kurang mendapat sambutan selain tidak banyak gerai jualan menyebabkan pengunjung tidak ramai.
“Mungkin itu antara alasan mereka tutup karnival berkenaan, jika beroperasi juga kelak akan tanggung kerugian. Pada masa sama, sudah ada ekspo seumpama anjuran majlis daerah di Batu 42 yang dibuka lebih awal.
“Kita simpati terhadap peniaga namun penganjur sepatutnya tahu batas-batas kerana kita sudah tegaskan malah surat arahan PBT kepada penganjur untuk hormati bulan Ramadan,” katanya.



Menurutnya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penganjur yang melanggar syarat serta garis panduan PBT seperti mengadakan pertunjukan hiburan melampau.
“Pihak penganjur melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana pada peringkat awal hanya menyediakan hiburan seperti nasyid, qasidah dan lain-lain. Tindakan itu bukan sahaja melanggar garis panduan PBT malah tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan mengadakan hiburan melampau,” ujarnya.
Mansor berkata, penganjur sepatutnya memantau aktiviti sepanjang karnival berlangsung termasuk memastikan pengisian program yang mematuhi garis panduan.
“Ia harus menjadi pengajaran dan perkara ini harus diberikan perhatian oleh semua penganjur pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu tular di TikTok, aksi seorang selebriti terkenal tanah air bersama beberapa orang lelaki lain menari ala dangdut di atas pentas dengan disaksikan pengunjung karnival berkenaan.
Turut tular keluhan peniaga yang menangis apabila karnival berkenan ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.
Isu tersebut bukan sahaja mendapat kritikan daripada netizen sebaliknya kecaman turut dilontarkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam pada itu, Mansor berharap Menteri Besar tidak diheret bersama dalam insiden berkenaan.
“Selaku Exco berkaitan, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana isu ini bawah portfolio saya.
"Namun aksi hiburan seperti itu bukan atas restu atau kebenaran kerajaan negeri mahupun Majlis Daerah Baling,” jelasnya.
Tegasnya, selain teguran pihaknya tidak teragak-agak menyenarai hitamkan mana-mana penganjur yang melanggar syarat dan garis panduan serta tidak diberi kebenaran penganjuran pada masa akan datang.
Fiesta Raya Baling: Arah henti hiburan, bukan tutup ekspo jualan - Sinar Harian

sfhzuraz Publish time 31-3-2024 09:19 PM

Diva AA buat hal, penganjur mohon maaf


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm31kahar1_1711889408.jpg
TANGKAP layar video tular



Alor Setar: Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi yang berlaku membabitkan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA abaru-baru ini.
Maju Kedah Resources dalam kenyataan, berkata persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.
Katanya, kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.
"Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihakpenganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.
"Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.
"Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut," katanya.
Menurut kenyataan itu, susulan insiden terbabit, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.
"Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.
"Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi," katanya.
Dalam kejadian dipercayai Khamis lalu, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.
Aksi menari mereka di atas pentas mendapat kecaman netizen kerana berlaku pada bulan Ramadan.


Disiarkan pada: Mac 31, 2024 @ 8:50pm
Diva AA buat hal, penganjur mohon maaf (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kontroversi selebriti menari: Peniaga menangis ekspo diarah tutup


ADVERTISEMENT