sfhzuraz Publish time 31-3-2024 07:11 PM

Remaja terlantar bakal jalani rawatan MRI

Remaja terlantar bakal jalani rawatan MRI
OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

31 Mac 2024 04:14pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/31/2597339.jpg
Mohammed Taufiq menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Azim di rumahnya di Taman Sejati, Sungai Petani pada Ahad.



SUNGAI PETANI - Remaja lelaki yang terlantar sejak lapan bulan lalu serta gagal ke hospital bagi menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) akibat tidak mampu, kini mendapat perhatian pelbagai pihak.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, Muhammad Azim Syukri, 23, telah dijadualkan kembali menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 4 April ini.

"Apa yang penting, Muhammad Azim perlu mendapatkan rawatan sewajarnya agar dapat mengenal pasti penyakit dan segera sembuh."Dia juga merupakan ketua keluarga yang menyara seorang adik, Nurul Atiqah Syazwani, 18, setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia, oleh itu, saya berharap dia boleh cepat sembuh dan kembali bekerja,"katanya ketika melakukan kunjungan ke rumah Muhammad Azim di sini pada Ahad.


Menurut Mohammed Taufiq, selain bantuan yang diterima dari Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihaknya juga akan memantau keperluan lain yang diperlukan dari masa ke masa.
Pada masa sama, Mohammed Taufiq turut menasihati Nurul Atiqah agar dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperolehi, demi masa depan yang lebih terjamin.
Selain itu, Pemilik Ambulan Team Bantuan Sungai Petani (TBSP) Muhammad Ridzuan Osman bersedia membantu Muhammad Azim ke hospital dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma (asnaf).
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Kedah, Masadah Sajadi berkata, pihaknya mengikuti rapat kes membabitkan remaja berkenaan.



Menurutnya, sukarelawan Salimah akan menemani Muhammad Azim ke hospital pada 4 April ini memandangkan remaja berkenaan berstatus yatim piatu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang remaja terpaksa menanggung kesakitan tanpa mengetahui punca penyakit yang dihadapi berikutan gagal dibawa ke hospital akibat tidak mampu.
Muhammad Azim mengakui kakinya tidak dapat digerakkan selepas terjatuh beberapa kali berikutan keadaan yang lemah menyebabkannya terlantar sejak lapan bulan lalu.
Kesemua urusan penjagaan diri bergantung kepada adiknya, Nurul Atiqah kerana kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia.
Menurut Muhammad Azim, dia pernah diberi tarikh untuk menjalani imbasan MRI Oktober tahun lalu, namun disebabkan tiada kenderaan menyebabkannya tidak mendapat rawatan sewajarnya.
Remaja terlantar bakal jalani rawatan MRI - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Remaja terlantar bakal jalani rawatan MRI


ADVERTISEMENT