mattzzx Publish time 31-3-2024 04:19 PM

Penahanan lelaki Israel: KPN kongsi maklumat terbaharu esok

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm30razas_1711871969.jpg
Tan Sri Razarudin Husain. FOTO NSTP.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung tangkapan seorang warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu, termasuk dakwaan untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk laporan-laporan yang disiarkan.

"Kita siasat secara menyeluruh termasuk dakwaan media bahawa individu berkenaan datang untuk ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru.

"Selain itu kita juga akan siasat kemungkinan penglibatan individu lain dalam kes ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pihak polis mengenal pasti beberapa nama dikaitkan dengan penahanan seorang warga Israel terbabit.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, pihaknya juga akan memohon reman terhadap lelaki berkenaan mengikut Akta Senjata 1960, hari ini.

Katanya, PDRM pada masa ini memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh dari siasatan yang sedang dijalankan.

"Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat kongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin)," katanya.

Mengulas mengenai situasi berhubung tangkapan lelaki Israel terbabit, Razarudin berkata, PDRM tetap sentiasa siap siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam dan serta keselamatan orang-orang berkepentingan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penahanan pasangan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di bazar Ramadan di Kuala Selangor, kelmarin.

Berpandukan maklumat pasangan berkenaan, polis kemudian menemukan sepucuk pistol berwarna perak berhulu coklat di dalam bonet kereta jenis Honda Jazz milik mereka.

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel menggunakan pasport negara Perancis ditahan sebelum menemui enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

Lelaki berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4 ; Smith and Wesson ; Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Semua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Kehadiran lelaki itu di negara ini didakwa bagi membunuh seorang rakyat Israel disyaki berada di negara ini berhubung isu keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075884/penahanan-lelaki-israel-kpn-kongsi-maklumat-terbaharu-esok
Pages: [1]
View full version: Penahanan lelaki Israel: KPN kongsi maklumat terbaharu esok


ADVERTISEMENT