mattzzx Publish time 31-3-2024 04:15 PM

NSFC bakal guna tujuh pemain import

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-03-31_at_12.32.18_PM_1711869937.jpg
Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (baju putih) bergambar kenangan dengan barisan pemain Negeri Sembilan musim ini. FOTO Ihsan NSFC.

Seremban: Negeri Sembilan Fc (NSFC) dijangka bakal membawa masuk tiga lagi pemain import masing-masing seorang daripada Brazil dan dua daripadanya dari Korea Selatan.

Ketiga-tiga pemain terbabit dijangka bakal menjadi pelengkap kepada kekuatan di bahagian tengah, sayap dan serangan pasukan Negeri Sembilan menjelang cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025, yang bakal membuka tirainya, Mei depan.

Walaupun dilaporkan sebelum ini, kelab terbabit bercadang hanya untuk menggunakan khidmat lima pemain import musim ini, namun berhasrat menambah kepada tujuh pemain keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus mengesahkan mengenai rancangan kelab itu membawa masuk tiga lagi pemain import berbanding empat yang sudah berada dalam pasukan Negeri Sembillan ketika ini.


Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa penambahan bilangan pemain import itu tidak membabitkan pertambahan bajet kelab.

"Meskipun kita bercadang menambah bilangan pemain import menjadikan keseluruhannya tujuh pemain, tetapi ia tidak membabitkan pertambahan kewangan, sebaliknya ia masih di bawah keupayaan kewangan kelab.

"Pertambahan bilangan pemain import itu untuk memastikan kekuatan pasukan seimbang di semua bahagian.

"Tiga pemain ini membabitkan seorang dari Brazil dan dua lagi dari Korea Selatan dengan masing-masing akan beraksi di bahagian tengah, sayap dan serangan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Faliq enggan mendedahkan nama ketiga-tiga pemain import terbabit sebaliknya meminta sedikit masa untuk mengumumkannya.

"Ketika ini urusan mengenainya sedang berjalan dan kita akan mengumumkan nama mereka dalam masa terdekat atau mungkin sebelum Aidilfitri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1075865/nsfc-bakal-guna-tujuh-pemain-import
Pages: [1]
View full version: NSFC bakal guna tujuh pemain import


ADVERTISEMENT