sfhzuraz Publish time 31-3-2024 03:35 PM

10 kaki judi kena tangkap

10 kaki judi kena tangkap

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

31 Mac 2024 02:48pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/31/2597201.jpg
Kesemua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.



GEORGE TOWN - Seramai 10 orang lelaki ditahan ketika sedang leka berjudi di kawasan taman permainan di belakang blok Vila Kenanga, Jalan Batu Uban dekat sini pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pada jam 4.45 pagi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bermain judi di tempat terbuka.


Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mendapati kesemua mereka bermain judi daun terup di kawasan berkenaan.
"Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 36 tahun dan kita turut merampas 52 keping daun terup, dua buah meja, dua lampu suluh dan wang tunai berjumlah RM2,736.

"Kesemua mereka kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,"katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Razlam berkata, kes disiasat di bawah Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
10 kaki judi kena tangkap - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: 10 kaki judi kena tangkap


ADVERTISEMENT