mattzzx Publish time 31-3-2024 02:26 PM

Mekanik tidak mengaku cederakan isteri hamil

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/31hmjhr1x_1711864634.jpg
TERTUDUH (kiri) keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak bersalah mencederakan isteri hamil. FOTO Alias Abd Rani.

Batu Pahat: Mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang hamil dua bulan.

Mohamad Ismail Mohd Zin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sebelum membuat pengakuan itu, tertuduh bertanya, "kalau mengaku salah tak boleh jamin ke? Kalau tak boleh (jamin) saya tak mengakulah."

Mohamad Ismail dituduh mencederakan isterinya berusia 32 tahun di sebuah rumah di Yong Peng pada 2 petang, 27 Mac lalu.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Haryanti Osman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075809/mekanik-tidak-mengaku-cederakan-isteri-hamil
Pages: [1]
View full version: Mekanik tidak mengaku cederakan isteri hamil


ADVERTISEMENT