mattzzx Publish time 31-3-2024 11:15 AM

Ronaldo lakar hatrik kali ke-64

https://assets.bharian.com.my/images/articles/naldo31324a_1711851005.jpg
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meraikan satu daripada jaringannya ketika menentang Al-Tai pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo menyerlah dengan satu lagi hatrik ketika dia memacu Al-Nassr melakar kemenangan besar ke atas Al-Tai dalam Liga Pro Saudi awal pagi tadi.

Ikon Portugal itu menyumbat tiga gol pada babak kedua ketika kelab berpangkalan di Riyadh itu membenam Al-Tai 5-1 di laman sendiri.

Kemenangan itu meletakkan mereka 12 mata di belakang pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal yang belum kalah selepas 25 perlawanan.

Ronaldo menggunakan media sosial untuk berkongsi kegembiraannya selepas satu lagi hatrik dalam liga utama Arab Saudi.


Pemain berusia 39 tahun itu menulis di samping gambar daripada perlawanan itu: "Beginilah cara kami melakukannya. Satu kemenangan mengagumkan dan satu lagi hatrik!"


https://assets.bharian.com.my/images/articles/naldo31324b_1711851008.jpg
Pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan kemenangan bersama bola perlawanan dan rakan sepasukan selepas menundukkan Al-Tai pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Jaringan hatrik itu adalah yang kedua buat Ronaldo dalam liga musim ini dan dia kini mengumpul 26 gol dalam 22 perlawanan liga dan 33 dalam 34 perlawanan bagi semua pertandingan.

Bagaimanapun, eksploitasinya gagal melonjak pasukannya ke puncak liga dengan Al-Hilal yang tidak kalah berada dalam laluan untuk memenangi kejuaraan.

Al-Nassr dan Ronaldo berharap impian kejuaraan mereka masih menyala apabila mereka berdepan Abha dalam Liga Pro Selasa ini, perlawanan yang akan disusuli dengan kunjungan ke Damac tiga hari kemudian. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1229891/ronaldo-lakar-hatrik-kali-ke-64
Pages: [1]
View full version: Ronaldo lakar hatrik kali ke-64


ADVERTISEMENT