mattzzx Publish time 31-3-2024 11:09 AM

Heung-min wira Tottenham Hotspur

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/minnn_1711844660.jpg
SON Heung-min melakukan percubaan ke arah gawang Luton. FOTO Agensi

London: Jaringan lewat Son Heung-min memastikan Tottenham Hotspur kekal dilandasan tepat bersaing merebut empat kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 2-1 ke atas Luton.

Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou memberi tabik hormat kepada bintang Korea Selatan itu yang langsung tidak menunjukkan tanda kepenatan biarpun Heung-min baharu saja kembali selepas membantu negaranya dalam Kelayakan Piala Dunia menentang Thailand di Bangkok, sebelum ini.

Penerbangan jauh itu langsung tidak diendahkan Heung-min untuk meledak gol kemenangan pada minit 86, selepas sebelum itu Luton terlebih dulu di depan hasil jaringan Tahith Chong seawal minit ketiga, sebelum disamakan menerusi gol sendiri Issa Kabore enam minit selepas babak kedua bersambung.

"Saya pasti dia (Heung-min) berasa letih. Ya, betul-betul sukar dan letih. Semasa saya menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Australia, saya mempunyai beberapa pemain yang bermain di serata benua," kata Postecoglou.


"Perjalanan mereka jauh, ada perbezaan masa tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, dia tidak pernah memberi alasan kepada pasukan.

"Baginya apabila dia tersedia, dia mahu bermain ke tahap tertinggi dan dia terus melakukannya," kata jurulatih itu yang memuji Heung-min.

Gol kemenangan itu adalah yang ke-15 buat Heung-min untuk meletakkan Tottenham di tangga kelima dengan 56 mata, hanya kurang tiga mata daripada Aston Villa di kedudukan keempat.

Namun apa yang lebih penting bagi Postecoglou adalah pasukannya masih berpeluang cerah layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan syarat perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1075713/heung-min-wira-tottenham-hotspur
Pages: [1]
View full version: Heung-min wira Tottenham Hotspur


ADVERTISEMENT