sfhzuraz Publish time 31-3-2024 08:35 AM

Wanita ditemukan meninggal dunia terbaring atas sejadah

Wanita ditemukan meninggal dunia terbaring atas sejadah



Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0331rssjdh_1711844318.jpg
Pasukan polis dan Bomba yang tiba di lokasi rumah wanita yang ditemukan meninggal dunia di Taman Inang. FOTO IHSAN BOMBA



Alor Setar: Wanita berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Inang di sini, malam tadi.
Wanita itu ditemukan terbaring di atas sejadah dan dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden mangsa terperangkap dalam rumah pada 8.46 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Zulkifli Md Esa tiba di lokasi bersama 11 anggota tidak lama kemudian.
"Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dalam rumah berkenaan dalam tidak sedarkan diri dan tindakan bomba adalah dengan memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian," katanya di sini, malam tadi.
Ahmad Naufal berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 10.23 malam tadi.


Disiarkan pada: Mac 31, 2024 @ 8:18am
Wanita ditemukan meninggal dunia terbaring atas sejadah (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Wanita ditemukan meninggal dunia terbaring atas sejadah


ADVERTISEMENT