sfhzuraz Publish time 30-3-2024 11:50 AM

Tidak sediakan pemandu kedua, 12 bas ekspres disaman

Tidak sediakan pemandu kedua, 12 bas ekspres disaman



OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

30 Mac 2024 10:50am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/30/2595888.jpg
Seramai 12 pengusaha bas ekspres disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer (km).



JURU - Seramai 12 pengusaha bas ekspres disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer (km).
JPJ Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, kesemua bas ekspres tersebut dikenakan tindakan itu dalam operasi yang dijalankan di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muazam Shah yang bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi Sabtu.


Menurut kenyataan tersebut, antara kesalahan lain yang dkenal pasti ialah lesen memandu dan lesen memandu perkhidmatan awam (PSV) tamat tempoh serta kesalahan teknikal.
"Unit Operasi JPJ Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang memfokuskan kepada bas ekspres.


"Sebanyak 12 buah bas ekspres disaman kerana tiada pemandu kedua, ia melibatkan pemanduan empat jam berterusan atau melebihi 300km," katanya pada Sabtu.
JPJ Pulau Pinang menambah, penguatkuasaan itu bertujuan untuk memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap pemandu dan pengusaha bas ekspres yang tidak patuh kepada peraturan dan undang-undang.
"Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
“JPJ Pulau Pinang komited untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan terhadap pengguna jalan raya menjelang musim perayaan ini.



“Pada masa sama, komitmen ini juga bertujuan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terhadap kenderaan khususnya melibatkan pengangkutan awam,” tambahnya.
Tidak sediakan pemandu kedua, 12 bas ekspres disaman - Sinar Harian


Pages: [1]
View full version: Tidak sediakan pemandu kedua, 12 bas ekspres disaman


ADVERTISEMENT