YgBenar Publish time 30-3-2024 10:13 AM

Ayub Azizan menyatakan bahawa kebanyakan yang dapat bekerja di Petronas menggunakan KABEL

Edited by YgBenar at 30-3-2024 10:19 AM

Istilah 'kabel' sering kali disebut dalam perkataan lain seperti talian hayat, kenalan rapat, air cond, jack kereta atau payung yang sangat mempengaruhi sesuatu keputusan sama ada temu duga kenaikan pangkat atau permohonan kerja atau pelbagai lagi yang berkaitan keuntungan kepada seseorang individu melalui jalan pintas.Amalan ini bukan saja suatu ketidakadilan dalam organisasi, malah melahirkan pilih kasih dalam organisasi apabila si pemohon menjadi orang pilihan dan paling disayangi ketua.Atas dasar kenal, orang yang baru kerja mudah naik pangkat walaupun kerjanya tidak sehebat mana berbanding orang lama yang lebih berpengalaman.Semua peluang diberikan kepadanya, yang lain berputih mata. Orang lain kerja siang malam buat yang terbaik tapi yang dapat orang yang disayangi. Itu antara realiti di negara kita.

Melalui Media Sosial,Lelaki yang bernama Ayub Azizan menyatakan bahawa kebanyakan yang dapatbekerja di Petronas menggunakan KABEL.Ini disebabkan
ramai calon mempunyai straight 'A'.Oleh itu terlalu banyak persaingan.Dengan KABEL calon dipilih berdasarkan kriteria tertentu sepertti ibu bapa yang popular.






7350796999085542674

caprut Publish time 30-3-2024 10:18 AM

Sama mcm kerja gomen. Yg tersepit m40 tk kerja gomen

noor2 Publish time 30-3-2024 10:22 AM

Petronas ni swasta ke gomen?

blue_blur Publish time 30-3-2024 10:37 AM

Edited by blue_blur at 30-3-2024 10:38 AM

lebih afdhal, networking...... kalau dia berkualiti, tak terasa sangat... ni jenis biawak, tekan bawahan, sembang melangit, minta member cover, tu ni tu ni.... ni punca dept/co tu mula bermasalah......

tapi tak la sesakit mata tengok kat jabatan awam state/federal KV ni kabel-kenegerian tu ultrahardcore...

Gianna111 Publish time 30-3-2024 10:39 AM

pada i yang ni bukan cable.more to networking.

swimswim Publish time 30-3-2024 10:51 AM

Tak lah, yg i kenal masuk dkt 10 org semua own hardwork. Tp i percaya je ada yg berlaku but maybe small percentage. Sbb if u masuk without capabilities, tk lama mana u boleh maintain dlm work environment yg tough mcm dlm petronas

kitaserupaaa Publish time 30-3-2024 11:06 AM

Ramai je member aku kat petronas & aku tak rasa dorg guna cable. Degree bidang dorg chem / mech engineering & dorg apply post mcm biasa. Ada jugak yg scholar bawah petronas. Even ada cable pun, petronas pun mesti la tgk qualification. Kalau mmg layak & dia go through same process, tak salah pun.

aechae Publish time 30-3-2024 12:20 PM

Encik Ayub keja mana ye yg nk kata org lain msuk guna kabel tu? Tnya jeee

shernazz Publish time 30-3-2024 12:27 PM

Kalau Guna kabel atau networking..dan dia sememangnya layak dgn dia punya kelayakan..iols rasa okay je...
Lain la Guna kabel pastu keje dok bertiktok je..mmg elok dihumban ke kandang singa ya...

Supersirap Publish time 30-3-2024 01:26 PM

networking and layak

TomyamPuteh Publish time 30-3-2024 04:17 PM

Agak2 nk jd cikgu blh guna kabel ka dak?

midori888 Publish time 30-3-2024 04:17 PM

Edited by midori888 at 30-3-2024 04:19 PM

shernazz replied at 30-3-2024 12:27 PM
Kalau Guna kabel atau networking..dan dia sememangnya layak dgn dia punya kelayakan..iols rasa okay...
betul....networking dan ada qualification yg layak utk position tu...kalu dia di recommend oleh org yg kita percaya, lagi lah peluang tinggi utk dpt kerja tu...lgpun lebih senang nak kerja dgn org yg kita kenal dan tau skit2 kerja dia mcm mana dari org yg kita tak kenal langsung.

dua_chzy Publish time 30-3-2024 04:32 PM

Camtu la hidup.

Aiol dah train diri huntok lali dengan menda2 lagha duniawi. Kalau terlalu fikirkan hal2 gini, sundiri sakit hati pehtu depresssss

dua_chzy Publish time 30-3-2024 04:34 PM

Btw tak ramai kenalan aku keja OnG Petronas. Yang aku kenal 3 orang je. Tapi suma masuk atas own capabilities la.

ladybugz Publish time 30-3-2024 04:38 PM

cable n layak. takde masalah. cable yg bermasalah bila x layak, ada candidate lebih layak, aniaya org lain yg lebih layak dtg byk2 kali tapisan interview just nk cukupkan proses sop padahal mmg dah ada candidate yg nk di ambil, layan candidate lebih layak mcm sampah waktu interview dan last2 candidate yg di cable tu keje x sampai 2 taun dah chow. sorry ter luah pengalaman sendiri pulak. haha. apepun percaya pada rezeki. everythg happened for a reason.

emera Publish time 30-3-2024 04:39 PM

Edited by emera at 30-3-2024 04:41 PM

Aku kenal ramai keje petronas.. semua masuk atas kelayakan & pengalaman, xde kabel2. Yg masuk & keluar balik sbb bodoh x reti buat keje pun ada, tp salahkan company. Ni student aku dulu. Budak ni mmg bebal & lembik. Dia cerita a-z proses dpt keje.. kalau interview, mmg nmpk laa budak ni boleh buat keje dgn kelayakan dia…jd officer biasa je pon. kawan aku lg sorg pulak suka cerita pasal keje dia.. so aku purrcaya yg dpt keje company hijau tu, rata2 sbb kelayakan.

Decaffeinated Publish time 30-3-2024 04:55 PM

Networking ni membantu so that you can be spotted.

But you have to be good first!

Basic rule of survival.

_blackbird Publish time 30-3-2024 04:56 PM

bukan ke istilah "masuk guna cable" tu more pada this organization actually takda open vacancy pon, tapi since dia nak masukkan anak sedara ke skandal dia dlm tu dia create la 1 position khas utk org tu. itu yg aku paham maksud cable.


bila 1 organization open vacancy dan si polan si polan ni up calon masing2 tu bukan masuk guna cable cuz this people masih ke go thru interview dengan HR, HOD dll, screening and so on, cuma advantages dia tu je yg ada yg recommend and fast lane

jfq Publish time 30-3-2024 04:58 PM

Siapa ayub jijan ni

kerunai Publish time 30-3-2024 05:16 PM

btol ..member aku ada dua ..mintak petronas..interview pun gi berdua

sorang org selangor, sorang lg kelate ... orang jawa yg selangor tu

interviewer pun org selangor n jawa ..agak2 la sape dapat interview tu

yes ... life is a bitch ..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Ayub Azizan menyatakan bahawa kebanyakan yang dapat bekerja di Petronas menggunakan KABEL


ADVERTISEMENT