sfhzuraz Publish time 29-3-2024 05:59 PM

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung lori ikan

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung lori ikan

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

29 Mac 2024 05:02pm





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/29/2595145.jpg
Anggota bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di Jalan Sungai Limau Dalam, Yan pada pagi Jumaat. Foto JBPM



YAN - Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan lori membawa muatan ikan di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini pada pagi Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut diterima pihaknya pada jam 11.02 pagi.


“Sepasukan anggota dari BBP Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jefri Zakaria telah ke lokasi bersama enam anggota selepas menerima maklumat tersebut.
"Setibanya di lokasi didapati terdapat tiga mangsa di dalam kereta Myvi manakala dua lagi adalah pemandu dan kelindan lori,” katanya pada Jumaat.


Noorhamidi berkata, mangsa yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta Myvi berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik tiba di lokasi kemalangan.
Menurutnya, dua lagi pemandu dan penumpang kereta itu pula masing-masing cedera parah manakala pemandu lori dan kelindan muatan ikan itu mengalami kecederaan ringan.
“Tindakan yang dilakukan anggota dengan mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di atas jalan.
"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Yan dengan menaiki ambulans KKM.



"Mayat mangsa pula dihantar diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, " ujar beliau lagi.
Wanita maut, empat cedera kereta bertembung lori ikan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Wanita maut, empat cedera kereta bertembung lori ikan


ADVERTISEMENT