sfhzuraz Publish time 29-3-2024 01:02 PM

Ejen hartanah dakwa iklan jual kawasan pembalakan di Gunung Inas sah

Ejen hartanah dakwa iklan jual kawasan pembalakan di Gunung Inas sah


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-03-29_11-41-13_1711683945.jpg
PAPARAN iklan yang tular di Facebook



Alor Setar: Seorang ejen hartanah mendakwa iklan menjual balak dan kawasan pembalakan seluas 404 hektar di Gunung Inas, Baling dengan harga RM15 juta adalah sah.
Ejen yang enggan namanya didedahkan mendakwa lokasi itu membabitkan kompartmen 21 yang sudah diperuntukkan sebagai kawasan pembalakan.
Katanya, kawasan itu sudah mendapat kelulusan untuk membalak berdasarkan kuota 2022 yang diperuntukkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI).
"Kawasan itu dah diluluskan, cuma lesen membalak belum lagi... ia akan diberikan kepada mereka yang berjaya beli kawasan ini," katanya ketika dihubungi.
Ejen itu berkata, menurut seorang peguam yang berurusan dengannya, konsesi pembalakan sudah diberikan kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun, katanya tawaran surat didakwa daripada MBI bertarikh 7 Mei tahun lalu itu sudah luput apabila syarikat yang memenangi kontrak terbabit gagal membayar premium RM1.92 juta dalam tempoh 14 hari daripada surat itu dikeluarkan.
"Tawaran itu sebenarnya masih sah dan kami menjemput mana-mana syarikat yang berminat dengan rekod kewangan yang kukuh untuk perbincangan," katanya.
Semalam, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah, dilaporkan berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan sebarang iklan jualan kawasan pembalakan dan balak di negeri ini yang disebarkan melalui media sosial.
Katanya, pihaknya percaya iklan seumpama itu adalah cubaan menipu.


Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 11:46am
Ejen hartanah dakwa iklan jual kawasan pembalakan di Gunung Inas sah (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Ejen hartanah dakwa iklan jual kawasan pembalakan di Gunung Inas sah


ADVERTISEMENT