sfhzuraz Publish time 29-3-2024 12:54 PM

10 rumah di dua kampung rosak akibat ribut

10 rumah di dua kampung rosak akibat ribut


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0329rsribut_1711686324.jpg
10 rumah di penaga rosak dilanda ribut. FOTO BERNAMA


Kepala Batas: Sebanyak 10 rumah di dua kampung di Penaga, di sini mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut malam tadi.
Kejadian kira-kira 8.30 malam itu turut menyebabkan puluhan pokok tumbang termasuk menimpa rumah penduduk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Penyelaras Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Penaga Mohd Naim Salleh berkata, kejadian ribut kali ini melibatkan 10 rumah penduduk di Kampung Kota Aur dan Permatang Tok Brain dan lebih teruk berbanding ribut yang melanda Penaga awal bulan ini.
"Saya mendapat maklumat berlaku ribut di dua buah kampung itu dan terus ke lokasi bagi membantu, kejadian ribut kali ini lebih teruk malah kebanyakan rumah rosak teruk pada dinding selain bumbung diterbangkan angin kuat.
"Tapi Alhamdulillah tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan setakat ini juga tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana kebanyakannya menumpang di rumah ahli keluarga mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Naim yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kepala Batas berkata UMNO Bahagian berkenaan telah menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa dan pihak pejabat daerah juga telah ke lokasi semalam untuk menilai kerosakan rumah mereka.
Pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat Pulau Pinang dalam hal membantu mangsa selain membawa pihak berkenaan ke lokasi kejadian.
"Kita akan usahakan bantuan segera dengan agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu mangsa-mangsa kejadian ribut itu," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Superintendan Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi Bernama berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis berhubung kejadian ribut tersebut.
Pada 2 Mac lalu, kira-kira 20 rumah rosak terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Penaga.


Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 12:25pm
10 rumah di dua kampung rosak akibat ribut (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: 10 rumah di dua kampung rosak akibat ribut


ADVERTISEMENT