Vellfire Publish time 28-3-2024 03:44 PM

PADU tak sepatutnya kumpul maklumat peribadi tidak berkaitan dengan status pendapatan

Edited by Vellfire at 28-3-2024 07:47 AM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/filefield_paths/kch-ub280324-hh-abgjopadu-p1.jpg

Abang Johari (tengah) bercakap dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis. Turut kelihatan di sebelah kiri Abang Johari, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar. - Gambar Roystein EmmorKUCHING: Adalah tidak munasabah bagi Pangkalan Data Utama (PADU) mengumpul maklumat peribadi yang terlalu terperinci dan teliti daripada rakyat sehingga menimbulkan persoalan dan kebimbangan semua pihak.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perlu ada had di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi rakyat, selaras dengan peruntukan perlembagaan terutamanya dari segi kebebasan.
“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi anda.
"Tapi sekiranya ia berkaitan dengan pendapatan dan juga keadaan ekonomi, sudah tentu data itu lebih relevan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai menghadiri Majlis sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan pada malam Rabu.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240328/kch-ub280324-hh-abgjopadu-p2.jpg

Abang Johari (tengah) bercakap dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) and Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha (kanan). – Gambar UKAS
Abang Johari bagaimanapun, menyatakan kerajaan negeri tetap menyokong objektif murni PADU yang antara lainnya bertujuan untuk melaksanakan subsidi bersasar dan membolehkan kerajaan merasionalkan subsidinya dan mengelak potensi ketirisan dalam pengagihan subsidi.
"Mereka yang berada dalam kategori itu mesti diberi bantuan. Akan tetapi maklumat yang diperlukan (PADU) begitu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai," katanya.
Dalam pada itu, Abang Johari mendedahkan beliau belum mendapat maklumat lanjut mengenai pertemuan antara pihak Kementerian Ekonomi dengan wakil kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu PADU.
“Terpulang kepada bila rombongan daripada Kementerian Ekonomi hendak datang kerana sudah semestinya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ingin lebih tahu punca Sarawak memohon PADU ditangguhkan.
“Kita juga mahu mendapatkan maklumat-maklumat yang lain (mengenai sistem PADU ini) khususnya membabitkan sudut privasi,” katanya.
Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada malam tersebut telah mengesahkan bahawa pihak kementerian ekonomi akan datang ke Sarawak pada minggu hadapan untuk membincangkan perkara terbabit.
Media sebelum ini melaporkan, Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam sistem PADU berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu yang tidak sepatutnya didedahkan.
Selain itu, isi pelanggaran dan kebocoran data yang berleluasa ketika ini juga menjadi kebimbangan utama kerajaan Sarawak sehingga mengarahkan pendaftaran PADU ditangguhkan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/28/padu-tak-sepatutnya-kumpul-maklumat-peribadi-tidak-berkaitan-dengan-status-pendapatan
Pages: [1]
View full version: PADU tak sepatutnya kumpul maklumat peribadi tidak berkaitan dengan status pendapatan


ADVERTISEMENT