Vellfire Publish time 28-3-2024 11:09 AM

Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

Edited by Vellfire at 28-3-2024 03:10 AM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240328/kks-ub280324-san-nuzul-p1copy.jpg

SUMBANGAN: Hajiji menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada asnaf pada Majlis Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri Sabah di sini semalam.
Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah (PBNS) kepada 30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.
Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah.
Pengisian majlis itu ialah Tazkirah Khas Nurul Al-Quran oleh penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd. Arif; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain; Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; dan Pengerusi PBNS Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/28/hajiji-sempurnakan-istiqbal-nuzul-al-quran-peringkat-negeri
Pages: [1]
View full version: Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri


ADVERTISEMENT