sfhzuraz Publish time 28-3-2024 08:53 AM

Remaja perempuan cedera tangan tersepit mesin perah santan

Remaja perempuan cedera tangan tersepit mesin perah santan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 28, 2024 @ 8:21am bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh28santan_1711585257.jpg
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan kiri remaja perempuan yang tersepit dalam mesin memproses santan di rumahnya di Kampung Padang Durian, Pendang. - Foto ihsan Bomba



PENDANG: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera di tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pemerah santan di rumahnya di Kampung Padang Durian, di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.11 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rodzuan Omar tiba di lokasi berkenaan bersama lapan anggota.
"Sebaik tiba di lokasi, tindakan awal yang dilakukan anggota Bomba adalah dengan mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit dan dilakukan dengan berhati-hati.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan seterusnya," katanya di sini hari ini.
Muhammad Ezzat Emran berkata, operasi tamat pada jam 10.18 malam tadi.
Remaja perempuan cedera tangan tersepit mesin perah santan (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Remaja perempuan cedera tangan tersepit mesin perah santan


ADVERTISEMENT