Vellfire Publish time 28-3-2024 06:31 AM

Dua kereta terbabas dalam semak, semua mangsa selamat

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-27-at-8.06.07-AM-e1711499358942-optimized.jpeg

SERIAN: Kemalangan berlaku berhampiran Kampung Riih di Jalan Tebedu mengakibatkan dua kenderaan terbabas ke dalam semak, di sini semalam.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.59 petang dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.
“Sejurus tiba, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Toyota Fortuner dan sebuah Perodua Myvi telah terbabas ke dalam semak,” katanya dalam kenyataan semalam.
Bagaimanapun jelas PGO, pemandu dan penumpang kedua-dua kereta berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan di lokasi kejadian.
Pemandu dan penumpang warganegara Indonesia tambah kenyataan itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Sementara pemandu kereta Perodua Myvi telah dibawa ke Hospital Serian dengan menggunakan ambulans,” ujarnya.

https://suarasarawak.my/dua-kereta-terbabas-dalam-semak-semua-mangsa-selamat/
Pages: [1]
View full version: Dua kereta terbabas dalam semak, semua mangsa selamat


ADVERTISEMENT