Vellfire Publish time 28-3-2024 06:23 AM

Lebih 40,000 pelajar di Sabah terima manfaat program inisiatif pendidikan BUDI, BAKTI

https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/03/IMG-20240327-WA0018.jpg?resize=1536%2C864&ssl=1

Johor Bahru : Kerajaan Sabah telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan beberapa bantuan inisiatif dalam bidang pendidikan pada tahun lalu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara sekali bayar (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI).
Katanya, kedua-dua inisiatif ini telah mula diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak tiga tahun yang lalu.
“Daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi membiayai inisiatif bantuan BUDI yang memberi manfaat kepada 5,761 orang anak Sabah pada tahun lalu.
“Manakala bagi bantuan BAKTI, sebanyak RM7 juta telah disalurkan bagi membiayai seramai 34,338 orang penerima yang menerima manfaat dari Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di IPT Semenanjung di Johor Bahru di sini
Arifin yang juga menteri bertanggungjawab kepada pendidikan di Sabah berkata, BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.
Katanya, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1,500 bagi Diploma/Asasi/Matrikulasi.
“BAKTI pula adalah bantuan secara one-off sebanyak RM 200 yang diberikan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi ibubapa atau penjaga mereka yang diketagorikan dalam golongan B40,” katanya.
Tambahnya, inisiatif bantuan yang diberikan itu merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang menjadi nadi utama dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). – SABAH MEDIA / FOTOKSTI

https://sabahmedia.com/2024/03/27/lebih-40000-pelajar-di-sabah-terima-manfaat-program-inisiatif-pendidikan-budi-bakti/
Pages: [1]
View full version: Lebih 40,000 pelajar di Sabah terima manfaat program inisiatif pendidikan BUDI, BAKTI


ADVERTISEMENT