Vellfire Publish time 28-3-2024 06:19 AM

Madius diingatkan tidak cetuskan kemarahan umat Islam

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/twu-ub270324-hs-umnop1.jpg

GHAZALIE
TAWAU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau diingatkan supaya tidak mencetuskan kemarahan umat Islam dengan kenyataan berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah.
Terdahulu, Madius menyelar kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenai isu kontroversi berkenaan dan meminta ketua Pemuda Umno itu menuntut permohonan maaf daripada negara China.
Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing berkata, tindakan Madius itu dianggap tidak menjaga sensetiviti penganut agama Islam dan cuba mencetuskan perbalahan di negara ini.
Katanya, kenyataan Madius seolah-olah memperlekehkan umat Islam di negara ini yang cuba menegakkan keadilan di atas perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Isu mempersendakan kalimah Allah itu sangat berat dan tidak boleh dimaafkan sama sekali memandangkan ia membabitkan akidah umat Islam.
“Sepatutnya Madius tidak mencampuri isu berkenaan kerana kes itu sudah berjalan di peringkat mahkamah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Kongsi 8, di sini hari ini.
Menurutnya, Madius juga dilihat cuba menjadi ‘batu api’ kerana meminta UMNO supaya menuntut agar negara China memohon maaf bukannya syarikat berkenaan.Katanya, Madius sepatutnya perlu menjaga keharmonian beragama di negara ini dan menunggu keputusan mahkamah terhadap isu ini.
“UMNO Sabah yang mempunyai ahli pelbagai agama selalu menjaga tingkah laku terutamanya membabitkan isu agama supaya tidak berlaku isu kontroversi.
“Justeru, saya minta Madius menarik semula kenyataan medianya bagi mengelak wujud salah faham dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Ghazali berkata, pihaknya juga sangat terkejut kerana PAS Sabah mengambil sikap berdiam diri dalam isu kenyataan Madius.
“Sepatutnya pemimpin dan ahli PAS lebih sensetif mengenai isu itu kerana mereka selalu mengatakan parti yang memperjuangkan agama Islam.
“Namun, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan, seolah-olah PAS Sabah membenarkan tindakan Madius yang cuba memperlekehkan perjuangan umat Islam menuntut keadilan,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/madius-diingatkan-tidak-cetuskan-kemarahan-umat-islam-ghazalie
Pages: [1]
View full version: Madius diingatkan tidak cetuskan kemarahan umat Islam


ADVERTISEMENT