maklukpenggoda Publish time 28-3-2024 12:10 AM

Populariti Putera William melonjak

Edited by maklukpenggoda at 28-3-2024 01:43 AM

LONDON: Putera William, 41, mula mencuri tumpuan ramai selepas ayahandanya, Raja Charles dan isterinya, Kate terpaksa menangguhkan seketika tugas rasmi diraja susulan menjalani rawatan kanser.
Tumpuan lebih besar kini beralih kepada bakal Raja William V selepas ketiadaan bapa dan isterinya dari pandangan awam sejak pertengahan Januari lalu.
Pakar Sejarah Monarki di Universiti City London, Prof. Anna Whitelock berkata, anak sulung kepada mendiang Puteri Diana ini sedar dirinya perlu sentiasa bersedia untuk ditabalkan menjadi raja kelak.
Sejak kematian nendanya, Ratu Elizabeth pada September 2022, pewaris takhta Diraja Britain ini sedar tentang realiti ‘menakutkan’ yang perlu ditempuhi.
“Apabila raja didiagnosis kanser, sudah tentu, reaksi pertamanya adalah sebarang seorang anak, keprihatinan terhadap bapanya.
“Namun, ada juga tanggungjawab besar yang tiba-tiba mula memikul bahunya. Saya pasti beliau sangat menyedari perkara itu,” katanya lapor Reuters. William memegang gelaran Duke of Cambridge merupakan pewaris utama dalam keluarga diraja British dan mewarisi harta keluarganya.
Sebahagian besar kekayaan tanah, harta dan pelaburan keluarga Diraja dianggarkan berjumlah AS$21 bilion (RM95.1 bilion). Harta tersebut telah dimiliki sejak berabad dan diwariskan kepada pewarisnya.
https://www.utusan.com.my/nasional/2024/03/putera-william-jadi-tumpuan-selepas-bapa-isteri-hidap-kanser/

hokeypokey Publish time 28-3-2024 12:26 AM

bini sakit ko jangan curang plak kang mengamuk rakyat britain tu

manop Publish time 28-3-2024 01:03 AM

Nama cerdik sikit dia ni dr bapa nya

Hessa Publish time 8-4-2024 11:33 AM

sebagai individu, agak kesian william ni sebab membesar dgn konflik mak ayah yg satu dunia kenal. adik lelaki pulak mcm mana yg semua tahu, skrg ayah pulak sakit, tanggungjawab sbg raja tu dtg lagi cepat. isteri pun sakit, bnyk dugaan dia, walau org boleh kata serba serbi utk dia semua dah tersedia, betul, tp dari segi diri dia sebagai manusia biasa. matang sebelum usia dia ni.
Pages: [1]
View full version: Populariti Putera William melonjak


ADVERTISEMENT