Vellfire Publish time 27-3-2024 09:30 PM

Warga asing masuk secara haram dipenjara, disebat dan diusir

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/kesmahkamah1.jpg

MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan masuk ke negara ini secara haram.
   
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang ke negara asalnya setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.
   
Hardy, 42, dari Sulawesi, Indonesia, didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan, tertuduh telah ditahan sekitar jam 5.30 petang, 24 Mac lalu di hadapan sebuah lot di Jalan Krokop Utama di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki pendatang asing tanpa izin.
   
Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang berasal dari Indonesia gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkan dia memasuki dan tinggal di negara ini.
   
Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Hakim Azreena Aziz.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/warga-asing-masuk-secara-haram-dipenjara-disebat-dan-diusir
Pages: [1]
View full version: Warga asing masuk secara haram dipenjara, disebat dan diusir


ADVERTISEMENT