Vellfire Publish time 27-3-2024 09:21 PM

Pustaka Negeri anjur pertandingan video 'BookTok' melalui TikTok

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/ubowebfiller1.jpg

KUCHING: Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2024, Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan sebuah pertandingan video iaitu 'BookTok' melalui platform TikTok.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Pustaka Neger Sarawak hari ini, pertandingan itu terbuka kepada semua peringkat umur yang berasal dan menetap di Sarawak.
"Serlahkan bakat anda dalam menyunting video sambil menyampaikan mesej kepada orang lain mengenai buku kegemaran anda atau buku yang membentuk diri anda.
"Sila imbas kod QR bagi terma dan syarat pertandingan serta borang penyertaan atau melalui pautan (https://forms.gle/1T8P5nNChxSHjEnq9) untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai," katanya.
Hadiah wang tunai RM500 menanti pemenang tempat pertama, tempat kedua pula akan membawa pulang RM400 dan RM300 bagi pemenang tempat ketiga.Penyertaan akan dibuka sehingga 14 April 2024.
Peserta diingatkan ‘Share’ video dan dapatkan lebih banyak ‘Like’ supaya peluang untuk menang lebih besar!
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ramdzan Saman atau Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini di talian 082-442000.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/pustaka-negeri-anjur-pertandingan-video-booktok-melalui-tiktok
Pages: [1]
View full version: Pustaka Negeri anjur pertandingan video 'BookTok' melalui TikTok


ADVERTISEMENT