Vellfire Publish time 27-3-2024 09:20 PM

Bomba selamatkan dua kanak-kanak terkunci dalam kereta

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/myy-ub-270324-ai-kanakkanakterperangkap-p1.jpeg

Anggota bomba berusaha membuka pintu kereta yang terkunci tersebut demi menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap di Miri, hari ini.
MIRI: Dua kanak-kanak berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap di dalam kereta yang terkunci di hadapan sebuah sekolah rendah di Jalan Kuala Baram Bypass di sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong (BBP) Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit kira-kira jam 12.40 tengah hari.
“Enam anggota dari BBP Lutong diketuai saya sendiri telah bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat dua kanak-kanak masing-masing berusia setahun dan tiga tahun terperangkap di dalam kereta di hadapan sekolah rendah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Henry berkata, setelah pemeriksaan dibuat operasi dijalankan dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta tersebut sehingga berjaya.
“Pintu kereta berjaya dibuka dan dua kanak-kanak tersebut juga dalam keadaan selamat.
“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 1 petang,” ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/bomba-selamatkan-dua-kanak-kanak-terkunci-dalam-kereta
Pages: [1]
View full version: Bomba selamatkan dua kanak-kanak terkunci dalam kereta


ADVERTISEMENT