Vellfire Publish time 27-3-2024 09:19 PM

Pullman Miri Waterfront bersama Adabi Consumer Industries agih bubur lambuk

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/myy-ub270324-ee-pullman-p2.jpg

Orang ramai beratur untuk menerima bubur lambuk secara percuma.
MIRI: Pullman Miri Waterfront dan Adabi Consumer Industries pada Sabtu lalu berganding bahu merangkul semangat kemeriahan Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa bagi masyarakat setempat di Masjid At-Taqwa, Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami dan Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup di sini.
Pengurus besar Pullman Miri Waterfront Alan Tham melahirkan rasa terima kasih yang mendalam atas kerjasama semua pihak dalam mengekalkan tradisi hotel yang sungguh bermakna pada bulan Ramadan.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/myy-ub270324-ee-pullman-p1.jpg
Pasukan Pullman Miri Waterfront bersama Adabi Consumer Industries serta wakil daripada Masjid At-Taqwa, Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami dan Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup bergambar bersama.
“Setiap tahun, pasukan hotel kami berkumpul untuk meraikan kemeriahan bulan mulia dengan menyediakan bubur lambuk buatan sendiri untuk masyarakat setempat.
“Dengan bantuan pasukan Adabi dalam menyusun resipi tahun ini, kami berharap masyarakat dapat menikmati kelazatan bubur lambuk dan mendapati musim perayaan ini lebih istimewa,” tambah beliau.
Alan juga berterima kasih atas sokongan yang luar biasa antara kedua-dua pihak dalam menjayakan keseluruhan proses memasak, pembungkusan dan pengedaran bubur lambuk tersebut.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/pullman-miri-waterfront-bersama-adabi-consumer-industries-agih-bubur-lambuk
Pages: [1]
View full version: Pullman Miri Waterfront bersama Adabi Consumer Industries agih bubur lambuk


ADVERTISEMENT