Vellfire Publish time 27-3-2024 08:57 PM

JENDELA: RM800 juta perlu diguna sebaiknya, tingkat capaian Internet di pedalaman Sarawak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/kch-ub270324-pg-mohamad-p1a.jpg

MOHAMAD SHAFIZAN. - Gambar UKAS
KUCHING: Peruntukan sejumlah RM800 juta bagi membangunkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) perlu digunakan sebaik mungkin lebih-lebih lagi dalam meningkatkan capaian Internet di pedalaman Sarawak.
Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, capaian Internet di pedalaman Sarawak terutama di konstituensinya iaitu daerah Lingga, Sebuyau dan Pusa masih lemah menyebabkan penduduk setempat sering mengalami masalah telekomunikasi sehingga kini.
"Capaian Internet khususnya di kawasan pedalaman Sarawak perlu ditingkatkan dalam usaha menggerakkan rakyat Malaysia ke arah dunia digital.
"Saya telah beberapa kali membangkitkan berkenaan masalah telekomunikasi dan capaian Internet yang amat lemah di daerah Lingga, Sebuyau dan Pusa. Dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 Kementerian Digital pada Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Menurutnya, setakat 31 Januari 2024 sebanyak 299 daripada 872 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi di Sarawak, manakala 3,803 daripada 3,873 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf.
Sehubungan itu, beliau berharap agar menara-menara telekomunikasi yang telah dibina digunakan sebaik mungkin dan bukannya sebagai 'naked tower' yang tidak mempunyai apa-apa fungsi kepada rakyat.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/jendela-rm800-juta-perlu-diguna-sebaiknya-tingkat-capaian-internet-di-pedalaman-sarawak
Pages: [1]
View full version: JENDELA: RM800 juta perlu diguna sebaiknya, tingkat capaian Internet di pedalaman Sarawak


ADVERTISEMENT