Vellfire Publish time 27-3-2024 08:54 PM

Pemandu ditahan, lori disita kerana disyaki sebabkan tumpahan minyak di Jalan Kulas

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/kch-ub270324-jl-lori-p1.jpg

Anggota bomba membersihkan minyak di atas jalan. - Gambar JBPM Sarawak
KUCHING: Seorang pemandu lori ditahan dan lori terbabit disita untuk siasatan lanjut kerana dipercayai menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Kulas di sini pada Selasa.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak berkata, penahanan dibuat di Balai Polis Satok kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan bekalan minyak diesel.
"Polis menerima aduan berkenaan sebuah lori yang membawa minyak diesel disyaki diseleweng sehingga menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Kulas.
"Anggota dari Balai Polis Satok telah menahan pemandu lori dan lori juga disita untuk tindakan selanjutnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook mereka pada Selasa.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/kch-ub270324-jl-lori-p2.jpg
Muatan minyak diesel di atas lori tersebut. - Gambar JSPT Sarawak
Tambahnya, polis turut mengeluarkan tigas saman ke atas pemandu lori atas pelbagai kesalahan.
"Tindakan saman telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuching terhadap pemandu lori iaitu tiga saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan yang dilakukan," katanya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Berlaku tumpahan minyak diesel sepanjang 300 meter dari Jalan Kulas hingga ke Jejambat Satok.
"Pasukan bomba bertindak membuat pembersihan dengan menggunakan habuk kayu dan semburan air sehingga selesai," katanya.
Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas memastikan keadaan selamat.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/pemandu-ditahan-lori-disita-kerana-disyaki-sebabkan-tumpahan-minyak-di-jalan-kulas
Pages: [1]
View full version: Pemandu ditahan, lori disita kerana disyaki sebabkan tumpahan minyak di Jalan Kulas


ADVERTISEMENT