Vellfire Publish time 27-3-2024 08:53 PM

Kawalan keselamatan perairan dilaksana seperti biasa semasa sambutan Aidilfitri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/kch-ub270324-jl-cp-p1a.jpg

Mancha (depan) menaiki bot sebelum berbuka puasa bersama penguat kuasa. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Polis Sarawak menerusi Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) akan melaksanakan kawalan keselamatan seperti biasa di sepanjang perairan negeri ini semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Pesuruhjaya Polis Negeri Dato Mancha Ata berkata, kawalan keselamatan akan dijalankan bermula dari Teluk Melano di Sematan hingga ke Kuala Lawas.
“PPMW5 mempersiapkan 15 bot ronda bagi kawalan keselamatan sempena Hari Raya Aidilfitri di sepanjang perairan Sarawak termasuk di sungai-sungai.
“Fokus kita adalah kawalan sempadan negara, terutamanya sempadan Indonesia-Malaysia di Teluk Melano,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa majlis berbuka puasa bersama pasukan peronda PPMW5 dengan menaiki bot peronda dari Terminal Bot Ekspres Pending di Kuching, pada Selasa.
Tambah Mancha pihaknya memandang serius penguatkuasaan undang-undang perairan seperti Akta Perikanan 1985.
Sementara itu, mengenai program berbuka puasa bersama penguat kuasa, beliau berkata sepanjang bulan Ramadan, kontinjen polis Sarawak telah menganjurkan beberapa program menyantuni barisan hadapan.
“Program ini bertujuan menyantuni barisan hadapan yang bertugas sepanjang bulan Ramadan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/kawalan-keselamatan-perairan-dilaksana-seperti-biasa-semasa-sambutan-aidilfitri
Pages: [1]
View full version: Kawalan keselamatan perairan dilaksana seperti biasa semasa sambutan Aidilfitri


ADVERTISEMENT