Vellfire Publish time 27-3-2024 08:50 PM

BBP Lawas anjur kempen kesedaran, elak kebakaran musim perayaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240327/lbg-ub-270324-dm-kempenkebakaran1.jpg

Seorang anggota bomba menunjukkan cara memadam api pada Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Lawas.
LAWAS: Elak kebakaran sempena musim perayaan Aidilfitri antara fokus Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas pada Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 yang diadakan pada Selasa.
Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata Bazar Ramadan dipilih sebagai lokasi penganjuran program itu kerana ia menjadi tumpuan orang ramai.
“Penganjuran program ialah memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan aspek keselamatan kebakaran, elakkan sindrom 3L (Lupa, Lalai dan Leka), amalkan 3P (Pengawasan, Pencegahan dan Pelaporan), katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.
Turut diadakan ialah demonstrasi memadamkan kebakaran dapur gas.
Selain itu, sesi advokasi turut dilakukan berkaitan pembakaran terbuka dengan mengedarkan risalah Keselamatan Kebakaran kepada pengusaha bazar dan orang ramai.
Terdahulu pada program sama di BBP Lawas, aktiviti gotong-royong memasak bubur durian kacang hijau dilakukan bersama-sama pada waktu pagi untuk diedarkan semasa pelaksanaan program.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/27/bbp-lawas-anjur-kempen-kesedaran-elak-kebakaran-musim-perayaan
Pages: [1]
View full version: BBP Lawas anjur kempen kesedaran, elak kebakaran musim perayaan


ADVERTISEMENT