mattzzx Publish time 27-3-2024 03:38 PM

‘Saya bukan musuh, jangan tutup Kafe Tanah Aina’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-27-at-1.57.24-PM-e1711522009745.jpeg
Shariffa Sabrina (tengah) dan Rajesh (kanan) menunjukkan surat rayuan mengenai isu itu pada sidang akhbarnya di Shah Alam, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – “Saya bukannya musuh kerajaan dan tolong jangan ‘tutup’ perniagaan yang sudah berusia 14 tahun ini,”.

Demikian luah pemilik Kafe Tanah Aina Fareena, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berhubung isu tindakan penutupan dua akses laluan masuk utama ke premis itu di Lentang, Bentong, Pahang, semalam.

Jelas beliau, pihaknya menerima peringatan secara lisan oleh kerajaan Pahang mengenai penutupan laluan masuk parkir yang dibina atas tanah kerajaan, Selasa minggu lalu.

Menurutnya, satu surat rayuan kemudian dibuat dan dihantar pihaknya menerusi emel kepada penasihat undang-undang kerajaan negeri berkaitan isu tersebut.

“Namun, kami terkejut mendapati dua akses laluan termasuk ruang parkir ke kafe itu ditutup dengan penghadang konkrit pagi semalam.

“Kami bukan saja sudah mengemukakan rayuan malah turut tidak menerima notis awal mengenai penutupan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan restoran itu telah diberi notis peringatan namun didakwa masih ingkar sehingga menyebabkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) terpaksa menutup sepenuhnya laluan masuk parkir berkenaan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan Pahang, Ir. Razali Kassim memaklumkan tindakan itu diambil berdasarkan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang kerana kesalahan menggunakan tanah kerajaan sebagai parkir.

Kata Shariffa Sabrina yang juga bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) itu, pihaknya sudah membuat permohonan lesen pendudukan sementara (TOL) bagi parkir tersebut pada Mac 2022 namun tiada maklum balas rasmi diterima.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/27/saya-bukan-musuh-jangan-tutup-kafe-tanah-aina/
Pages: [1]
View full version: ‘Saya bukan musuh, jangan tutup Kafe Tanah Aina’


ADVERTISEMENT