CARI-HBZ Publish time 27-3-2024 01:54 PM

“Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh..” – Datuk Red Diisytihar Muflis, Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/27/135421d7lnq7r8pzva3ar6.png




Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.


Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki.


"Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong.   


"Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat."


Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini.


"Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.   


https://www.instagram.com/p/C4pvcPaS8jb/


"Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong."


Terdahulu, Datuk Red mendedahkan sebuah kenyataan yang mengejutkan orang ramai apabila dirinya diisytihar muflis sejak lima tahun dahulu dan tiada lagi punca pendapatan. Difahamkan juga, Adira perlu menanggung kehidupan keluarganya kerana Datuk Red yang tidak bekerja.


SUMBER : mStar/Beautifulnara

kikilalapooh Publish time 27-3-2024 01:57 PM

banyak duit pun dugaaan.. tak ada duit pun dugaan.. hidup ni kena bersederhana je...

dewi_rina Publish time 27-3-2024 04:42 PM

Nape ko mintak cerai tak stay?

LadyCarefree Publish time 27-3-2024 04:54 PM

5 tahun muflis tu ko kerja apa? Xkan goyang telur je. Telur pun tembelang.

Mimo.mimo Publish time 27-3-2024 04:56 PM

Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak.

hokeypokey Publish time 28-3-2024 12:15 AM

cian adira, tak pernah jumpa laki yg senonoh, dh tak jadik ngan alep dulu sbb boya, kawen tok red boya biawak la plakkkk

rayna_raynes Publish time 28-3-2024 12:25 AM

Mimo.mimo replied at 27-3-2024 04:56 PM
Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak.

UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang kaya dulu.



Mimo.mimo Publish time 28-3-2024 10:46 PM

rayna_raynes replied at 28-3-2024 12:25 AM
UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang...

Apa jasa tokred? Bagi anak je lah kot.
Pages: [1]
View full version: “Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh..” – Datuk Red Diisytihar Muflis, Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan


ADVERTISEMENT