mattzzx Publish time 27-3-2024 12:37 PM

Aksi Fury, Usyk tangguh lagi?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/usyk211_1711513379.jpg
FURY dijadualkan bertemu Usyk pada 18 Mei depan. FOTO AGENSI

London: Promoter Oleksandr Usyk, mencetuskan kontroversi apabila mendakwa tiada jaminan pertarungan dengan Tyson Fury akan berlangsung.

Fury sepatutnya menentang Usyk pada pertarungan pertama membabitkan gelaran empat tali pinggang heavyweight pada 17 Februari lalu.

Tetapi Fury mengalami kecederaan koyak di bahagian atas mata ketika sesi latihan dua minggu sebelum perlawanan itu yang menyaksikannya dikenakan lebih 10 jahitan.

Pertarungan itu kemudian dijadualkan semula berlangsung pada 18 Mei depan dan aksi timbal balik akan menyusul selepas itu.


Tetapi Alex Krassyuk meragui pertarungan kali pertama itu akan berlangsung tepat pada masanya.

Dia memberitahu World Boxing News: "Secara teorinya, perlawanan ulangan sepatutnya berlaku sebelum penghujung 2024.

"Bagaimanapun, kita semua tahu perangai Tyson. Anda tidak boleh meramalkan tindakannya.

"Saya tidak dapat memberi jaminan bahawa pertarungan pertama akan berlaku mengikut masanya. Dia (Fury) sudah menarik diri (daripada bertarung) empat kali berturut-turut."
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/03/1074448/aksi-fury-usyk-tangguh-lagi
Pages: [1]
View full version: Aksi Fury, Usyk tangguh lagi?


ADVERTISEMENT