mattzzx Publish time 27-3-2024 11:56 AM

Abang tumbuk adik perempuan dipenjara 5 bulan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Penjara_1711507526.jpg
Foto hiasan

REMBAU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau hari ini selepas mengaku bersalah memukul adiknya.

Tertuduh Firdaus Mohamad Khalil, 36, dari Kota mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas adiknya, Syahidah, 33 dengan cara menumbuk bahagian belakang kepala menggunakan tangan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu lalu di sebuah rumah di Kota.


Oleh itu tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditahan pada Ahad lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh menumbuk belakang kepala adiknya sebanyak dua kali di ruang dapur di sebuah rumah di Kota.

Tertuduh memukul adiknya itu disebabkan benci berikutan mangsa sudah lebih kurang tiga tahun tidak bercakap dengan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1228507/abang-tumbuk-adik-perempuan-dipenjara-5-bulan
Pages: [1]
View full version: Abang tumbuk adik perempuan dipenjara 5 bulan


ADVERTISEMENT