mattzzx Publish time 27-3-2024 11:47 AM

Gelombang haba di Perlis, Hulu Perak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/gelombang-haba-cuaca-panas.jpg?v=1711247395
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba di dua kawasan iaitu di Perlis dan Hulu Perak hari ini.

Menurut MetMalaysia, kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah pula pada tahap pertama iaitu amaran berjaga-jaga.

Selain itu, di Sabah (Kota Belut dan Beaufort) dan di Sarawak (Limbang dan Telang Usan) mencatatkan suhu maksimum pada tahap pertama dengan bacaan suhu maksimum yang dicatatkan melebihi 35 dan 37 darjah Celcius.

“Keadaan cuaca hampir semua kawasan di semenanjung malaysia berada dalam keadaan baik dan tiada hujan dan dijangka boleh berlanjutan sehingga ke lewat pagi nanti.

“Di sabah dan sarawak, hujan berlaku di beberapa kawasan melibatkan bahagian Mukah dan Bintulu yang dijangkakan akan beransur pulih dalam sedikit masa lagi.

“Di sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan angin kencang masih potensi berlaku lebih tertumpu dibahagian pedalaman dan selatan semenanjung termasuklah di hampir semua bahagian sabah dan sarawak,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada hadkan aktiviti luar dan amalkan pengambilan air yang mencukupi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/27/gelombang-haba-di-perlis-hulu-perak/
Pages: [1]
View full version: Gelombang haba di Perlis, Hulu Perak


ADVERTISEMENT