sfhzuraz Publish time 27-3-2024 12:59 AM

Ribut landa tiga kampung waktu berbuka puasa

Ribut landa tiga kampung waktu berbuka puasa


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 26, 2024 @ 10:37pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/apmributt1_1711463859.jpg
Anggota APM melakukan pemantauan di rumah yang terjejas akibat ribut di daerah itu.NSTP/IHSAN APM



BANDAR BAHARU: Enam rumah membabitkan tiga kampung di dua mukim daerah ini terjejas dilanda ribut, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang manakala dua rumah lagi iaitu Kampung Kilang Batu dan sebuah di Kampung Tengah di Mukim Relau.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 7.30 malam tadi ketika waktu berbuka puasa.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/apmrbutt3_1711463862.jpg
Anggota APM melakukan pemantauan di rumah yang terjejas akibat ribut di daerah itu.NSTP/IHSAN APM
"Ribut berlaku pada jam 6 petang dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu bergegas ke lokasi untuk melakukan pemantauan.
"Kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.
"Kit bantuan makanan turut diberi kepada mangsa kejadian," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Abdul Rahim berkata, pemantauan akan sentiasa dilakukan di kawasan terjejas.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Ribut landa tiga kampung waktu berbuka puasa (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Ribut landa tiga kampung waktu berbuka puasa


ADVERTISEMENT