Vellfire Publish time 26-3-2024 09:58 PM

Lelaki ugut bunuh adik perempuan dipenjara tiga bulan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/mahkamahkuching2.jpg

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki kerana melakukan ugutan jenayah untuk membunuh adik perempuannya menggunakan pisau.
Chai Pei Hua, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaibah Sharkawi bagi pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Chai melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Stutong dekat sini sekitar 1.30 petang pada 9 Februari 2024.
Berdasarkan fakta-faktakes, Chai dan adik perempuannya itu bertengkar yang akhirnya menyebabkan dia mengambil sebilah pisau lalu diacukan ke arah adiknya itu.
Kejadian itu bagaimanapun dihentikan oleh ibu mereka, tetapi Chai terus mengugut adik perempuannya itu dengan mengatakan dia akan merosakkan keretanya.
Chai turut mengungut mahu membunuh adik perempuannya itu dan suaminya.
Sebelum insiden itu berlaku, Chai sering marah dan merosakkan beberapa barangan di dalam rumah mereka.
Khuatir akan keselamatannya, adik perempuan Chai membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya pada hari sama.
Difahamkan, Chai mengaku berbuat demikian kerana berang apabila adik perempuannya itu tidak mendengar arahannya.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala Chai tidak diwakili peguam.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/lelaki-ugut-bunuh-adik-perempuan-dipenjara-tiga-bulan
Pages: [1]
View full version: Lelaki ugut bunuh adik perempuan dipenjara tiga bulan


ADVERTISEMENT