CARI-HBZ Publish time 26-3-2024 09:56 PM

Shuib, Netizen Bangga Dekta Berhijab Selepas Datang Bulan - “Talita, Daddy Bangga Tengok Awak. Cantiknya,”

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/26/215554xtklt0rotkqxvwwm.png




ANAK gadis kepada pelawak dan usahawan, Shuib, Dzakira Talita Zahra atau mesra disapa Dekta, meraih pujian netizen apabila tampil dengan imej berhijab selepas datang bulan baru-baru ini.


Menerusi hantaran yang dikongsikan Shuib dalam Instagram miliknya, kelihatan Talita, 11, manis bertudung sewaktu berbuka puasa bersama keluarganya di sebuah restoran.


Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad berkata, sebagai bapa dia berasa sangat bangga melihat penampilan anak perempuannya itu sebaik sahaja melangkah ke alam remaja.


“Talita, daddy bangga tengok awak. Cantiknya,” kata Shuib.


Dalam satu lagi hantara berbeza, Talita kelihatan ayu menggayakan jubah dan hijab rona merah ketika menghadiri majlis iftar bersama adik-beradilnya seta ibu tirinya, Watie.


Perkongsian imej baharu Talita oleh Shuib itu mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram malah ramai memuji penampilan terkini Talita yang tampak manis berhijab.


Netizen turut menitipkan rasa syukur atas perubahan imej Talita dan berharap puteri tunggal Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu sentiasa istiqamah membesar sebagai muslimah sejati.


“Talita sangat ayu dan cantik. Semoga menjadi seorang wanita muslimah sejati,” kata seorang pengguna Instagram.


“Alhamdulillah, Dekta dah pakai tudung. Semoga kekal istiqamah,” kata seorang lagi pengguna Instagram.


“Ya Allah, cantiknya Talita pakai tudung. Manis dan ayu,” kata seorang netizen.


Kelmarin, Shuib, 40, berkongsi video menitiskan air mata apabila anak perempuan kesayangannya itu sudah datang haid.


Dalam video tersebut, Shuib dilihat memeluk Talita sambil mengatakan anaknya itu sudah memasuki alam dewasa dan bakal mengenang peristiwa tersebut buat selama-lamanya.


Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan permata hati yang sudah menginjak usia 11 tahun itu menjadi wanita solehah dan hebat dunia akhirat.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Perawankota Publish time 27-3-2024 01:15 AM

Ermmm.. terlalu awal

makneng Publish time 27-3-2024 01:30 AM

Semua benda dia ni tunggang eh. Lantak ko lah

AWEKSAMURAI Publish time 27-3-2024 02:50 AM

Terpaling ank datang peyed...yihhh giler

red_velvet Publish time 27-3-2024 04:36 AM

Talita ni sebijikkk muka soeb . Entahla tau tak baik kaitkan anak dengan kemenyampahan pada si bapak.. tapi tulah... Hadoii... Semoga dekta tak mewarisi buat benda2 bodoh n poyo bila remaja n dewasa nanti ye nakk.... Si watetek dalam gambo atas tu dah kenapa ko pakai tudung cenggitu.. dengan gigi mentosnya, sebijikk delimawati :sweat3:

Barebow77 Publish time 27-3-2024 05:24 AM

Lol..semua benda nak terpaling kongsi..jangan nanti ko kongsi la si talita cukur bulu pubik lak..:mad:

PinkyPie Publish time 27-3-2024 05:42 AM

Sarung jelah dik. Dah netizen suh pakai khenn, pasal bapak mak tiri ko dok canang dah period.

4cupcakes Publish time 27-3-2024 06:07 AM

Satu dunia tahu ko dah period dik.. tahniah.. nnt kalau nak recall balik tarikh period leh search kat google.. acik dulu segan nak ngaku dh period

bulanbulat Publish time 27-3-2024 06:27 AM

Cmni pun jd berita?

slyfynx Publish time 27-3-2024 07:46 AM

Nape x cite malam bile ko mimpi basah Shahmira oi?

jihyomelly Publish time 27-3-2024 08:58 AM

canang satu dunia anak peyed - ✅
canang satu dunia anak pakai tudung - ✅
tunggu canang anak sulung wet dream pulak

marchikobonzo Publish time 27-3-2024 09:38 AM

red_velvet replied at 26-3-2024 08:36 PM
Talita ni sebijikkk muka soeb . Entahla tau tak baik kaitkan anak dengan kemenyampahan pada si bapak ...

Halah...i can't unseen delimawati on her!! Dah la suka je ngan kak limah tu..nt tak leh nak tengok dah kak limah berlakon sb watitek ni

sangbara2020 Publish time 27-3-2024 09:39 AM

bulan depan nye piyed dia bukak tered lg xsok?
ke kena hadap tetiap bulan psl piyed anaknya?

rospinki Publish time 27-3-2024 09:46 AM

tak lama lagi dpt menantu awai budak ni piyet.

rezaremy Publish time 27-3-2024 10:24 AM

rospinki replied at 27-3-2024 09:46 AM
tak lama lagi dpt menantu awai budak ni piyet.

hahahaaa...aduhhh..lawak laaa

prizadane Publish time 27-3-2024 10:31 AM

Soalan serious ni - anak eb ni takde ke rasa segan story piyed dia bertebaran sana sini? Tambah lagi anak dia sekolah campur. I dulu all girls school. Teringat kawan-kawan yang period awal, mostly malu-malu nak cakap diorang piyed. Siap berbisik kat ustazah/cikgu.

Iols lak, memang declare iols dah piyed after 1st time datang piyed (dah mandi wajib pun masa tu). Sebab iols piyed end form 4. Agak lewat dan selalu kawan-kawan gurau kata iols jantan. Muka comel dah time sekolah dulu, putih melepak, ramai crush from girls school n boys school berdekatan… tapi suara kasar, main sukan hoki, kadet polis, karate do. Tiba tak piyed piyed. Confused gak… aku ni jantan ke?Nasib baik terbukti iols wanita

rospinki Publish time 27-3-2024 10:36 AM

rezaremy replied at 27-3-2024 10:24 AM
hahahaaa...aduhhh..lawak laaa

{:8_651:}{:8_651:}

phoenix_panik Publish time 27-3-2024 10:38 AM

boleh tak xyah cover hal dorg sefamily ni
x menarik lgsg utk di ketahui

Mary_jane Publish time 27-3-2024 11:10 AM

Tak habis2 lagi kisah satu family ni, semua benda jadi content agar kekal relevan. Relevan ke masalah nya?

intan_smsb Publish time 27-3-2024 01:06 PM

ni pun satu ntah apa2 semua benda ko nak cete ke
Pages: [1] 2
View full version: Shuib, Netizen Bangga Dekta Berhijab Selepas Datang Bulan - “Talita, Daddy Bangga Tengok Awak. Cantiknya,”


ADVERTISEMENT