Vellfire Publish time 26-3-2024 09:56 PM

Lori tanah disaman, didapati punca bekalan elektrik di Kg Santubong terputus

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/kch-ub260324-jl-ahsmon-p1.jpg

Lori terbabit disita untuk siasatan lanjut.
KUCHING: Sebuah lori tanah disaman kerana didapati punca bekalan elektrik di Kampung Santubong terputus.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima aduan sebuah lori yang telah melanggar kabel elektrik di kampung tersebut pada Ahad sekitar jam 11.30 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah berjaya mengesan pemilik lori tersebut.
"Hasil siasatan mendapati syarikat lori tersebut telah beroperasi selama enam bulan dengan membawa tanah ke tapak pembinaan di kawasan itu.
"Polis telah mengeluarkan tujuh keping saman kepada pemandu lori berkenaan atas pelbagai kesalahan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Lori tersebut turut disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan lanjut masih dijalankan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/lori-tanah-disaman-didapati-punca-bekalan-elektrik-di-kg-santubong-terputus



Pages: [1]
View full version: Lori tanah disaman, didapati punca bekalan elektrik di Kg Santubong terputus


ADVERTISEMENT