Vellfire Publish time 26-3-2024 09:49 PM

Sarawak akur keputusan Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/abdulkarimchimonpix.jpg

ABDUL KARIM
KUCHING: Sarawak akur dengan keputusan Malaysia yang menolak tawaran bagi menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman berkata keputusan tersebut sudah dibuat berdasarkan sebab-sebab tertentu.
"Sukan Komanwel ditawarkan untuk Malaysia. Walaupun dengan insentif berjumlah AS$100 juta kita tidak dapat menganjurkannya.
"Kita akur itu adalah keputusan oleh kerajaan pusat," katanya menjawab pertanyaan pemberita hari ini.
Beliau sebelum itu telah melancarkan Motosikal Elektrik Ebixon di Muzium Budaya Borneo bersama Timbalannya Datuk Sebastian Ting dan Datuk Snowdan Lawan.
Sebelum itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
"Ia bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lepas," katanya.
Negara itu dilaporkan menarik diri disebabkan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AU$2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AU$7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/sarawak-akur-keputusan-malaysia-tolak-tawaran-jadi-tuan-rumah-sukan-komanwel
Pages: [1]
View full version: Sarawak akur keputusan Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel


ADVERTISEMENT