Vellfire Publish time 26-3-2024 09:43 PM

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/ipd-sri-aman-mengadakan-perhimpunan-sempena-memperingati-hari-polis-ke-217

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/kch-ub260324-pg-uggahmipd-p1.jpeg

Uggah diapit Aidel dan Chiew serta yang lain ketika menjamu selera pada Majlis Berbuka Puasa MIPD di BCCK semalam.
KUCHING: Semua pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) diminta berterus terang memaklumkan mengenai masalah dihadapi ketika melaksanakan projek di lapangan.
Perkara itu disuarakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MIPD di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.
"Jangan 'sembunyikan' sebarang berita tidak baik daripada saya dan pihak pengurusan tertinggi (anda).
"Sila beritahu kami terutama masalah yang dihadapi ketika memberi taklimat kepada kami tentang projek terbabit. Bentangkan untuk perbincangan dan penyelesaian," ujarnya.
Uggah memberitahu, kes terbaharu ketika beliau melawat projek jalan di bahagian Samarahan dan setiba di tapak projek beliau bertemu dengan sekumpulan ketua kaum serta pemilik tanah yang sangat bimbang mengenai perkara berkaitan pampasan ke atas tanah mereka yang terkesan.
"Sudah tentu mereka marah. Namun semasa taklimat diberikan sebelum ini, saya tidak dimaklumkan mengenai isu ini sama ada disengajakan atau kesilapan sebenar.
"(Namun) saya berharap satu kesilapan yang hakiki. Saya sendiri bersama dua timbalan menteri saya dan setiausaha tetap bersikap terbuka untuk maklum balas anda.
"Apa pun, sama ada berita buruk atau baik, anda kena memberitahu kami,"ujarnya.
Sementara itu, Uggah menegaskan semua harus terus berkhidmat dengan berintegriti kerana ia sangat penting.
"Dalam industri pembangunan pelabuhan dan kerja awam, integriti bukan sekadar kejujuran. Integriti ialah komitmen untuk memberi perkhidmatan dengan cemerlang, selamat dan ada kebolehpercayaan.
"Apabila ia dikompromi, akibatnya boleh menjadi teruk... kegagalan struktur, kesan undang-undang dan reputasi yang tercemar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Uggah mengingatkan warga MIPD bahawa kementerian telah menetapkan beberapa sasaran untuk dicapai.
Menurutnya salah satu daripadanya ialah mencapai 100 peratus atau sekurang-kurangnya 95 peratus perbelanjaan pembangunan.
"Kita mendapat peruntukan RM799.5 juta dalam Belanjawan (Negeri) tahun ini. Pada 2021, pencapaian perbelanjaan pembangunan kita ialah 67.46 peratus dan 2022 meningkat sedikit iaitu 68.16 peratus.
"Saya dengan bangga memaklum pada 2023, pencapaian kita ialah 85.69 peratus, antara tertinggi berbanding kementerian dan jabatan lain. Saya yakin kita boleh melakukan lebih baik," ujarnya.
Terdahulu warga MIPD mendengar ceramah integtiri disampaikan penceramah terkemuka negara Ustaz Syamsul Debat.
Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, Setiausaha Tetap MIPD Datu Shiew Chee Yau, Setiausaha Politik Premier Sarawak Roseline Mapong dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Pihak Berkuasa Pelabuhan Kuching, Rajang, Tanjung Manis dan Samalaju.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/berterus-terang-maklumkan-masalah-dihadapi-ketika-melaksanakan-projek-di-lapangan-uggah
Pages: [1]
View full version: https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/ipd-sri-aman-mengadakan-perhimpunan-sempena-memperingati-hari-polis-ke-217


ADVERTISEMENT