Vellfire Publish time 26-3-2024 09:35 PM

Pustaka Sibu anjur Bengkel Solat pada 3 April ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/sbw-ub260324-as-bengkel.jpg

Bengkel Solat bersempena dengan Program World Quran Hour 2024 pada 3 April ini.
SIBU: Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan Bengkel Solat bersempena dengan Program World Quran Hour 2024 pada 3 April ini.
Program yang dijadualkan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu bertempat di Bilik Seminar, Pustaka Sibu.
Bengkel ini akan disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sibu Ustaz Wan Nazarul Wan Abdul Latif.
Pembelajaran bengkel ini akan meliputi pengetahuan asas mengenai solat dan cara-cara menunaikan solat mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
Penyertaan adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster.
Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu di talian 019- 8193440 / 084-315 200 untuk pertanyaan lanjut.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/pustaka-sibu-anjur-bengkel-solat-pada-3-april-ini
Pages: [1]
View full version: Pustaka Sibu anjur Bengkel Solat pada 3 April ini


ADVERTISEMENT