Vellfire Publish time 26-3-2024 09:34 PM

Bomba, syarikat Naim bekerjasama padamkan kebakaran hutan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/myy-ub-26032024-mn-hanguslalang-p1.jpg

Anggota BBP Lopeng gigih memadam kebakaran hutan dan belukar pada Isnin.
MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan kerjasama syarikat Naim telah berjaya memadam kebakaran hutan seluas satu ekar di ladang sawit Woodman Sungai Adong, pada Isnin.
Ketua Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran hutan jam 8.40 pagi.
Susulan itu, anggota BBP Lopeng telah bergegas ke lokasi dan mendapati berlaku kebakaran hutan dan belukar yang merebak dengan keluasan 20 hektar.
"Setelah membuat penilaian dan perbincangan bersama syarikat Naim, pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran 500 kaki dua nozel, pam angkut dan sumber air parit berdekatan," katanya.
Menurutnya lagi, pihak bomba berjaya memadam kebakaran satu ekar dari kebakaran tersebut dan operasi yang berlangsung sehingga petang Isnin dihentikan atas faktor hari semakin gelap.
Pihaknya akan meneruskan operasi pemadaman hari ini memandangkan masih terdapat kawasan yang masih berisiko terbakar.
Agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/bomba-syarikat-naim-bekerjasama-padamkan-kebakaran-hutan
Pages: [1]
View full version: Bomba, syarikat Naim bekerjasama padamkan kebakaran hutan


ADVERTISEMENT