Vellfire Publish time 26-3-2024 09:00 PM

Lelaki meninggal dunia akibat terkejut tilam di bawah kolong terbakar

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240326/8823eae1-c12f-4d84-8b57-e4518620d368.jpeg

TERBAKAR: Keadaan tilam yang terbakar di bawah kolong rumah mangsa.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terkejut selepas tilam di bawah kolong rumahnya terbakar di Kampung Sembulan, di sini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa berumur 51 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa juga difahamkan kelihatan lemah dan sedang sakit sebelum kejadian berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran ini kira-kira 7.10 malam sebelum menggerakkan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke tempat kejadian.
"Ketika tiba di tempat kejadian, kebakaran membabitkan tilam di bawah kolong sebuah rumah.
"Tiada pemadaman dilakukan kerana api sudah dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan pada 7.48 malam," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/26/lelaki-meninggal-dunia-akibat-terkejut-tilam-di-bawah-kolong-terbakar
Pages: [1]
View full version: Lelaki meninggal dunia akibat terkejut tilam di bawah kolong terbakar


ADVERTISEMENT