sfhzuraz Publish time 26-3-2024 06:17 PM

Tokan ada 11 rekod dadah, jenayah tak serik

Tokan ada 11 rekod dadah, jenayah tak serik


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm26jok_1711447309.jpg
Timbalan Ketua Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (lima dari kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG



Georgetown: Tindakan seorang penganggur menjadikan rumah disewanya di Nibong Tebal di sini, sebagai tempat penyimpanan dadah jenis syabu terbongkar selepas kediaman itu diserbu polis, semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 51 tahun dengan 11 rekod lampau itu ditahan di bahagian beranda sebelum polis menemukan sejumlah lagi dadah di dalam rumahnya.
Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas adalah bernilai RM571,500 yang mana boleh digunakan seramai 87,000 penagih jika berjaya dipasarkan.
"Dadah itu ditemukan dalam 17 bungkusan teh dan ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif methampetamine.
"Suspek mempunyai 10 rekod berkaitan dadah serta satu jenayah dan walaupun sudah diambil tindakan, lelaki itu masih tegar terbabit dalam aktiviti berkenaan.
"Menerusi rekod, kali terakhir suspek ditahan pada 2018 dan kita percaya dia bertindak sebagai 'pusher' dan mungkin bekerja dengan sindiket lebih besar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Menurut Mohamed Usuf berkata, aktiviti berkenaan disyaki bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu bagi pasaran tempatan dan kini pihak polis sedang mengesan pemilik rumah bagi membantu siasatan.
"Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana polis turut menyita kenderaan dan wang tunai bernilai RM19,200," katanya lagi.
Dalam perkembangan lanjut Mohamed Usuf berkata, pada jam 11 malam hari yang sama, pihaknya menahan dua lelaki dan wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun dalam satu lagi serbuan di Tanjong Tokong, di sini, kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.
Mereka mempunyai hubungan sebagai rakan sekerja di sebuah restoran yang mana dua suspek lelaki bekerja sebagai pembantu dapur dan wanita berkenaan adalah pelayan.
Menerusi serbuan itu, Mohamed Usuf berkata, sejumlah dadah 'goyang kepala' iaitu MDMA, ekstasi dan syabu bernilai RM27,940 turut dirampas.
"Aktiviti pengedaran dadah itu dipercayai bergiat aktif sejak Januari lalu bagi pasaran tempatan dan keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 500 penagih dadah jika 'terlepas' di pasaran.
"Kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau tetapi seorang daripadanya didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, benzo dan ketamin," katanya lagi.
"Sebuah kereta disita bersama daah dengan nilai berjumlah RM683,640 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua empat suspek itu direman selama tujuh hari sehingga 1 April bagi tujuan siasatan," katanya.


Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 6:02pm
Tokan ada 11 rekod dadah, jenayah tak serik (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Tokan ada 11 rekod dadah, jenayah tak serik


ADVERTISEMENT