sfhzuraz Publish time 26-3-2024 05:26 PM

APMM lupus rokok, tembakau seludup RM15 juta

APMM lupus rokok, tembakau seludup RM15 juta


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kretesk_1711442116.jpg
ROMLI (tengah) bersama pegawai-pegawai kanannya menunjukkan sebahagian rokok seludup sebelum dilupuskan di Insinerator Langkawi di Kampung Belanga Pechah, Langkawi. FOTO Hamzah Osman



Langkawi: Sebanyak 975,000 kotak rokok seludup pelbagai jenama serta 30 guni tembakau dengan nilai keseluruhan lebih RM15 juta dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata rokok tidak bercukai itu dirampas pada Januari 2022 dan disiasat bawah Seksyen 49(1) dan 135(1) Akta Kastam 1967.
"Pelupusan kesemua rokok dan tembakau dilakukan menggunakan kaedah pembakaran insinerator iaitu pada kapasiti dan suhu yang tinggi di Insinerator Langkawi di Kampung Belanga Pechah, di sini.
"Sisa pelupusan hasil dari proses itu akan diuruskan oleh pihak pengurusan insinerator iaitu syarikat Drizzle Engineering dan disaksikan pegawai penyaksi pelupusan.
"Pelupusan dilakukan selepas rokok dan tembakau bernilai lebih RM15 juta itu sudah dilucutkan hak oleh mahkamah," katanya pada sidang media selepas melupuskan hasil rampasan itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohamad Nasir Man.
Romli berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan membabitkan kemasukan rokok haram menerusi rondaan dan operasi secara berterusan.
"Langkah itu perlu kerana permintaan terhadap rokok seludup atau rokok tidak bercukai tinggi berikutan harga yang sangat rendah dari pasaran semasa yang membawa kepada berlakunya aktiviti penyeludupan," katanya.


Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 4:35pm
APMM lupus rokok, tembakau seludup RM15 juta (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: APMM lupus rokok, tembakau seludup RM15 juta


ADVERTISEMENT